Wang Ehsan Negeri Kelantan Ke IPTA untuk bantuan sambung belajar ini diberikan khas kepada anak Kelantan yang melanjutkan pelajaran di mana-mana IPTA (universiti awam) untuk program Diploma, Ijazah, Asasi, dan juga Matriks.
Ia juga boleh dikatakan sebagai biasiswa saguhati kepada pelajar yang layak masuk ke IPTA ini.
[adscontent]
Wang Ehsan Kelantan 2024
Wang Ehsan Kelantan adalah bantuan wang tunai khas untuk anak Kelantan yang melanjutkan pelajaran di IPTA untuk proram Matriks, Asasi, program Diploma dan Ijazah. Bagi matrikulasi dan asasi akan menerima bantuan RM500 manakala Diploma RM800 dan Ijazah RM1000.
Pada tahun 2017, seramai 221 pemohon/pelajar iaitu 112 orang peringkat Ijazah, Diploma (87 orang), Matrikulasi (16 orang) dan Asasi (6 orang) telah menerima bantuan Wang Ehsan ini.
[adscontent2]
Syarat Permohonan Wang Ehsan Kelantan Untuk IPTA
Berikut adalah 3 syarat utama yang perlu dipenuhi sebelum memohon:
- Pemohon warganegana Malaysia yang dilahirkan di negeri Kelantan (Kod Kad Pengenalan: 03, 28. 29)
- Pemohon telah menerima tawaran daripada mana-mana IPTA (Surat tawaran tahun semasa)
- Ibubapa pemohon adalah dilahirkan di negeri Kelantan (Kod Kad Pengenalan ibubapa: 03, 28. 29)
Pendek kata pemohon atau ibubapanya mestilah dilahirkan di Kelantan dan telah mendapat tawaran dari mana-mana IPTA di Malaysia barulah layak untuk memohon Wang Ehsan ini.
Cara Memohon Wang Ehsan Kemasukan IPTA
1. Pergi ke website Permohonan Wang Ehsan Kemasukan IPTA (Klik disini) atau https://www.ehsan.icu.gov.my dan pergi kepada PERMOHONAN untuk permohonan baru.
[adscontent3]
2. Isi semua maklumat yang diminta.
3. Semak kembali maklumat yang diisi dan sekiranya semua sudah betul, klik pada CETAK PERMOHONAN.
4. Sahkan borang permohonan tadi serta dokumen berkaitan.
5. Akhir sekali, hantarkan borang permohonan serta dokumen berkaitan ke Unit Wang Ehsan, Tingkat 12, Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan.
Antara dokumen-dokumen berkaitan (perlu pengesahan) yang diperlukan adalah:
- Salinan kad pengenalan pemohon.
- Salinan surat tawaran IPTA.
- Salinan kad pengenalan ibubapa.
Borang permohonan adalah secara online sahaja kemudian print dan hantar ke alamat diatas selwat-lewatnya 1 bulan dari tarikh permohonan anda didaftarkan.
Melur tidak menerima sebarang info untuk permohonan Wang Ehsan Kelantan untuk tahun 2023 ini. So, Melur cadangkan adik-adik mohon biasiswa TNB ini yang terbuka untuk semua peringkat dari Asasi, Diploma dan Ijazah. Sekiranya ada info terkini untuk Wang Ehsan Kelantan ini, Melur akan kemaskini disini.
Semakan Wang Ehsan
Kebiasaanya anda boleh semak status permohonan wang ehsan tadi dalam masa 3-4 minggu selepas tarikh anda menghantar borang.
Untuk membuat terus semakan permohonan wang ehsan anda samada lulus atau tidak, anda boleh klik dibawah:
Pemohon akan akan dimaklumkan sekiranya permohonan diluluskan kerana Wang Ehsan akan diberi dalam satu majlis khas penyerahan wang ehsan dan akan diberi dalam bentuk cek simpanan premium. Anda boleh tebus cek tersebut di bank dalam masa 45 hari dari tarikh yang diterima.
Jika ada sebarang masalah, anda boleh tanyakan soalan di ruangan komen dibawah.
KENAPA TAK BOLEH TEKAN KELUAR WARNING