Berita baik untuk ibubapa yang berkerja kerajaan, permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan Taska sebanyak RM180 sebulan untuk setiap anak kini dibuka. Jom semak cara untuk mohon bantuan taska ini.
- Apa itu Subsidi Yuran Pengasuhan Taska
- Permohonan Subsidi Yuran Taska
- Tarikh tutup permohonan Subsidi Taska RM180
Apa itu Subsidi Yuran Pengasuhan Taska
[adscontent]
Subsidi Yuran Pengasuhan Taska adalah subsidi kerajaan Malaysia untuk membantu mengurangkan kos penjagaan anak-anak di taska. Subsidi ini terbuka untuk semua pekerja kerajaan yang mempunyai anak di bawah umur 4 tahun dan mendaftar di TASKA yang berdaftar. Pemberian subsidi sebanyak RM180 sebulan akan dibayar terus kepada TASKA.
Pemberian subsidi yuran taska ini sebenarnya bukanlah perkara baru sebaliknya telah diumumkan dalam pembentangan belanjawan sebelum-sebelum ini.
Dengan pemberian subsidi RM180 sebulan ini dapat membantu dan mengurangkan beban penjawat awam untuk membayar penjagaan anak dan membantu untuk anak-anak mendapat pendidikan awal.
Jika yuran pengasuhan kanak-kanak lebih tinggi daripada kadar subsidi, maka lebihan perbezaan yuran tersebut adalah di bawah tanggungan ibu bapa sendiri.
Syarat Kelayakan
Antara syarat kelayakan yang ditetapkan adalah:
[adscontent2]
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
- Pemohon mestilah bekerja dengan agensi kerajaan.
- Pendapatan isi rumah tidak boleh melebihi RM7000.00 sebulan.
- Anak pemohon mestilah berumur di bawah 4 tahun.
- Anak hendaklah mendaftar di TASKA yang berdaftar dengan JKM.
Banyak perubahan yang telah dibuat untuk subsidi yuran taska ini seperti kenaikan jumlah subsidi daripada RM150 sebulan kepada RM180 sebulan. Dan menaikkan had kelayakan isi rumah daripada RM5000.00 kepada RM7000.00 supaya lebih ramai pekerja kerajaan yang layak untuk menerima subsidi.
Untuk jumlah anak pula, tiada had ditetapkan. Ini bermakna Subsidi yuran pengasuhan TASKA diberikan kepada setiap anak pegawai yang berumur bawah empat tahun pada tarikh anak didaftar masuk ke Taska.
Permohonan Subsidi Yuran Taska
Sekiranya ibubapa berminat dan memenuhi syarat kelayakan ditetapkan, bolehlah membuat permohonan Subsidi Yuran Taska seperti dibawah:
[adscontent3]
1. Muat turun Borang Permohonan Subsidi
Anda boleh download Borang Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan Taska 2023 ini dan lengkapkan semua maklumat dan butiran yang diperlukan maklumat permohon dan pasangan, maklumat pendapatan dan maklumat anak.
2. Sediakan salinan dokumen-dokumen sokongan
Anda perlu sediakan dokumen-dokumen berikut bersama borang permohonan tadi:
- salinan kad pengenalan pemohon/pasangan
- salinan penyata gaji (bagi pasangan yang tidak berkhidmat dengan kerajaan, dokumen atau keterangan berkaitan pendapatan perlu disahkan oleh Ketua Jabatan pemohon)
- salinan sijil lahir anak
- salinan Sijil Pengangkatan daripada Jabatan Pendaftaran Negara atau dokumen pengesahan anak pelihara anak tiri/anak angkat.
3. Hantarkan Borang kepada Bahagian Sumber Manusia
Hantarkan borang permohonan tadi bersama dokumen-dokumen yang diperlukan kepada Bahagian Sumber Manusia atau bahagian yang menyelaras urusan mengenai TASKA di agensi Kerajaan di mana pegawai berkhidmat.
Permohonan hendaklah disokong oleh Ketua Jabatan agensi di mana pegawai berkhidmat
4. Proses permohonan
Bahagian Sumber Manusia akan memproses permohonan anda tadi dalam tempoh 30 hari bekerja. Walau bagaimanapun, ia mungkin mengambil masa yang lebih lama jika terdapat sebarang dokumen yang hilang atau tidak lengkap.
Pastikan anda sentiasa mendapatkan update dengan Bahagian Sumber Manusia.
Tarikh tutup permohonan Subsidi Taska RM180
Tiada tarikh akhir kerana permohonan dibuka setiap tahun. Cuma ibubapa perlu hantar sebelum Disember setiap tahun untuk proses permohonan.
Sekiranya ibubapa rasa terbeban dengan yuran taska anak, Melur rekemen hantar anak ke Taska PASTI dengan yuran bulanan hanya RM90 sahaja.
Berapakah jumlah Subsidi Yuran Pengasuhan Taska ini?
Kerajaan menetapkan subsidi sebanyak RM180 sebulan untuk setiap anak bawah 4 tahun.
Bagaimanakah untuk mohon subsidi Yuran ini?
Anda hanya perlu download Borang Permohonan Subsidi Yuran Taska dan sediakan salinan kad pengenalan, penyata gaji da sijil lahir anak. Hantarkan kepada Bahagian Sumber Manusia jabatan anda.
Berapa lama proses borang permohonan yang saya telah hantar akan diproses?
Bahagian Sumber Manusia akan memproses permohonan anda tadi dalam tempoh 30 hari bekerja.
Rujukan: Portal Kementerian Kewangan