Rumah dekat kampung Melur ni sangat gelap dan Melur terpaksa buat permohonan lampu jalan TNB Malaysia. So, Melur nak kongsikan cara mohon lampu jalan di rumah anda sendiri.
[adscontent]
Dan masih ramai yang tidak tahu, pihak TNB hanya kenakan caj RM10 sebulan je untuk lampu jalan ni. Murah dan terang!
Setiap tiang lampu yang anda mohon tidak boleh menghala ke rumah anda semata-mata (kena share dengan orang ramai).
Untuk membuat permohonan lampu jalan ini anda mestilah merupakan pelanggan TNB kerana caj akan dikenakan terus ke dalam akaun TNB.
Kos pemasangan lampu jalan TNB
Antara caj kos yang akan dikenakan:
[adscontent2]
- caj pemasangan / penyambungan tiang (one-time payment)
- caj bulanan RM10.00
Caj pemasangan akan ditentukan selepas lawatan tapak dilakukan dan caj bulanan lampu akan dimasukan ke dalam bil anda.
Ini contoh bil bulanan TNB Melur sendiri. Anda dapat melihat caj Lampu Jalan Individu RM9.52 pada kotak kuning yang telah dihighlightkan.
Cara mohon lampu jalan TNB
Berikut adalah cara mohon lampu jalan TNB Malaysia:
[adscontent3]
1 | Kenalpasti kawasan yang sesuai | Semak dahulu kawasan mana yang sesuai untuk pemasangan lampu jalan kerana anda perlu melukis dalam pelan nanti. |
2 | Hubungi TNB Malaysia | Dapatkan Borang Permohonan Lampu Jalan Individu dibawah atau terus mengunjungi pejabat TNB berhampiran anda. |
3 | Lengkapkan Borang Lampu Jalan Individu | Lengkapkan borang Permohonan Lampu Jalan Individu yang diberikan. Anda juga perlu lukis pelan lokasi lampu jalan dengan jelas. |
4 | Hantar permohonan | Hantarkan borang permohonan bersama dokumen yang diperlukan kepada pihak TNB. |
5 | Semakan Permohonan Kelulusan TNB | TNB Malaysia akan review permohonan anda dengan mengambil kira faktor seperti ketersediaan tiang elektrik, dan infrastruktur. Proses kelulusan mungkin mengambil sedikit masa, jadi jangan lupa follow-up dgn TNB tentang status permohonan anda. |
6 | Pemasangan dan Penyelenggaraan | Sekiranya permohonan diluluskan, TNB Malaysia akan berkoordinasi dengan anda untuk memuktamadkan pelan dan jadual pemasangan. |
Anda juga boleh melantik mana-mana jurutera perunding dan kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga untuk memohon untuk anda.
Borang permohonan lampu jalan TNB
Buat masa ini, tiada permohonan secara online boleh dibuat.
Anda boleh dapatkan borang Lampu Jalan Individu TNB dibawah atau boleh dapatkan terus dengan walk-in ke pejabat TNB berhampiran.
Nama: Borang TNB Lampu Jalan Individu
Format: PDF
Password: melur.net
*Sila buka di dalam komputer/laptop anda dan masukkan password melur.net.
Hantarkan borang ini bersama salinan dokumen berikut:
– Salinan bil terkini untuk premis berkenaan
– Salinan kad pengenalan pemilik akaun
Nasihat Melur, korang boleh mohon Lampu Jalan Individu ini dgn caj RM10 je sebulan pastu terang-benderang lagi kalo jalan depan rumah korang tu gelap sangat daripada pasang sendiri lampu depan rumah.
Atau nak korang boleh juga beli je lampu solar yang terang dekat shopee.
Klik share sekiranya artikel ini membantu anda untuk mohon lampu jalan rumah anda. Sekiranya terdapat persoalan boleh ajukan dalam ruangan komen dibawah.
Sumber rujukan: Portal TNB dan Facebook TNB
Penafian: Proses permohonan mungkin berbeza-beza berdasarkan polisi dan prosedur semasa TNB Malaysia. Adalah disyorkan untuk menghubungi TNB secara terus untuk mendapatkan maklumat terkini.