Kami kongsikan contoh surat aduan buruh dan anda boleh terus hantar kepada mengikut alamat pejabat buruh (Jabatan Tenaga Kerja) yang berdekatan anda sekiranya anda ditindas oleh bos / majikan anda di tempat kerja.
Jabatan Tenaga Kerja (JTK) terletak di bawah Kementerian Sumber Manusia yang melindungi kepentingan dan kebajikan pekerja di sektor swasta melalui pentadbiran dan penguatkuasaan undang-undang buruh.
[adscontent]
Kesemua pekerja dilindungi oleh undang-undang buruh seperti Akta Kerja 1955 bagi mengelakkan majikan mengambil ‘kesempatan’ terhadap pekerja mereka.
Sekiranya anda merasakan majikan hak anda sebagai pekerja terabai seperti tidak diberi cuti tahunan, dibayar gaji lewat, tidak diberi elaun untuk OT dan lain-lain lagi, janganlah teragak-agak untuk membuat report terus kepada JTK.
Antara aduan yang anda boleh laporkan kepada pejabat Jabatan Tenaga Kerja ini yang diperuntukkan oleh undang-undang buruh Malaysia adalah:
- Tidak dibayar gaji
- Tiada cuti tahunan
- Tidak melapor penggajian pekerja asing
- Diberhentikan kerja tanpa notis
- Tiada kontrak perkhidmatan
- Lewat bayar gaji
- Majikan tidak mematuhi Perintah Gaji Minimum 2012
- Majikan tidak mematuhi Akta Umur Persaraan Minimum 2012
- Tidak dibenarkan solat
- Amalan buruh tak saksama
- Diskriminasi kaum/jantina
Kalau anda rasa bos dah toksik sangat dan tak selesa nak bekerja, bolehlah cari kerja baru. Boleh tengok contoh resume Bahasa Melayu ini.
Soal-Jawab aduan
Soal-jawab popular mengenai masalah yang sering membelengu pekerja kerana berasa mereka ditindas. Mungkin anda juga mengalami masalah yang sama seperti dibawah ini seperti :
- majikan lambat bayar gaji
- notis berhenti kerja
- isu buat kerja lain daripada skop kerja
- isu cuti bersalin
- tiada caruman kwsp/socso
Majikan saya sering lewat dalam membayar gaji dengan memberikan pelbagai alasan. Kadang 2 minggu lewat, kadang 1 bulan lewat. Sedangkan majoriti pekerja mempunyai anak ramai dan semuanya masih sekolah dan tinggal di rumah sewa. Bolehkah saya menuntut hak saya sebagai pekerja yang mana bos lewat bayar gaji?
Majikan hendaklah membayar gaji tidak lewat dari hari ke-7 (kebiasaanya setiap bulan) seperti yang tertakluk pada Akta Kerja 1955. Contohnya, untuk gaji bulan Januari, gaji anda harus dibayar selewat-lewatnyanya pada 7 Februari.
Jika melebihi tempoh ini, bermakna majikan anda telah melanggar undang-undang yang telah ditetapkan dalam akta kerja.
Bolehkah saya berhenti kerja dalam masa dua bulan dengan notis sedangkan dalam kontrak kerja menyatakan notis berhenti kerja adalah 3 bulan awal? Adakah saya akan kena bayar denda pada majikan?
Sekiranya anda berhenti kerja tanpa memberikan notis awal seperti yang terdapat dalam kontrak yang dipersetujui bersama sebelum ini, maka majikan berhak menuntut gantirugi daripada anda. Jika anda tidak membayar gantirugi, majikan boleh memfailkan tuntutan di JTK terhadap anda.
Saya telah memberikan notis berhenti kerja 2 bulan (seperti di dalam kontrak) iaitu tarikh akhir saya bekerja adalah 31 Mei. Tetapi bos telah meminta saya untuk berhenti pada 30 April. Jadi, adakah saya boleh meminta bos untuk ganitrugi 1 bulan gaji? Jika bos tidak mahu membuat payment in lieu of notice, bagaimana?
Ya, jika majikan yg mahu anda berhenti awal, majikan mestilah membayar gantirugi notis 1 bulan. Jika majikan enggan, anda boelh membuat aduan kepada pihak JTK utk bantuan.
Majikan saya telah meberikan kerja luar bidang saya iaitu kerja yang tidak tertulis dalam surat tawaran kerja skop kerja tersebut. Bolehkah saya jadikan alasan ini untuk membela diri saya?
Berkenaan skop kerja tidak ditulis di dalam surat tawaran kerja, anda hendaklah rujuk keseluruhan kontrak kerja. Kerana kebiasaanya kontrak atau appointment letter ada menyatakan bahawa majikan berhak untuk memberikan anda tugasan-tugasan lain.
Namun, ia bukanlah alasan untuk membela diri terutama jika anda tidak pernah membuat bantahan bertulis tentang perkara itu.
Bolehkah saya saman jika majikan tidak membayar caruman KWSP ? Sebagai contoh, di dalam penyata gaji, majikan sudah membuat potongan KWSP tetapi dipenyata KWSP sebenar, tiada sebarang bayaran dari pihak majikan. Dan adakah saya boleh membuat aduan di JTK?
Dicadangkan anda terus membuat merujuk dan aduan kepada pihak KWSP untuk tindakan lanjut yang lebih cepat.
Saya berkerja secara kontrak di sebuah bank di KL, dan pengurusnya memberitahu saya tidak layak menerima cuti besalin dan tidak akan menerima sebarang gaji dalam tempoh itu. Bolehkah saya mendapatkan gaji yang sepatutnya saya dapat?
Seksyen 44A Akta Kerja 1955 menyatakan bahawa semua peruntukan bagi perlindungan bersalin adalah terpakai kepada semua wanita tanpa mengira gaji dan pangkat.
Oleh itu, pihak bank perlu patuh dan memberikan cuti bersalin dengan gaji anda berdasarkan syarat-syarat tertentu. Anda boleh rujuk pada artikel Cuti Bersalin dan Faedah Bersalin ini.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila dapatkan nasihat daripada pejabat JTK berdekatan.
Jika anda ada aduan yang seakan sama seperti diatas, bolehlah buat surat aduan kepada pejabat buruh.
Cara Membuat Aduan Kepada Pejabat Buruh
Setiap aduan yang dilaporkan akan disiasat oleh pejabat buruh dan sekiranya didapati aduan buruh anda itu betul, majikan boleh dikenakan dihadapkan ke mahkamah buruh untuk tindakan undang-undang mengikut kesalahan yang dilakukan seperti diberi notis pematuhan, dikenakan tindakan kompaun atau pendakwaan.
Oleh itu, janganlah anda sebagai pekerja berasa takut dengan majikan yang suka menindas dan mengambil kesempatan. Terus sahaja membuat aduan kepada jabatan buruh negeri berhampiran anda.
4 Cara Membuat Aduan Buruh
- buat aduan buruh online melalui emel – jtksm@mohr.gov.my
- hubungi 03-8000 8000 untuk aduan
- hantar surat rasmi kepada pejabat JTK
- kunjungi pejabat Jabatan Tenaga Kerja yang berdekatan anda
Untuk cara nombor 1 dan 3, anda boleh rujuk contoh surat aduan buruhdibawah.
Kami cadangkan anda cara no 4 iaitu terus ke pejabat buruh yang berhampiran untuk buat aduan kerana itu adalah yang terbaik dengan berdepan terus dengan pegawai JTK dan mendengar terus pandangan nasihat mengenai masalah kerja anda.
Contoh surat aduan buruh
Ramai yang tidak tahu yang boleh buat aduan buruh secara online ni. Berikut cara buat aduan buruh secara bertulis;
[adscontent2]
- Buka email anda.
- Copy contoh draf surat aduan dibawah dan edit apa yang patut.
- Lampirkan bersama Offer Letter / Employment Letter, Termination Letter, Memo Majikan Gaji Dipotong ke, atau apa-apa lampiran yang anda rasa boleh dijadikan fakta hujah berkenaan isu anda dan majikan. Kalau majikan ugut melalui wassup, sreenshot wassup tu dan attach bersama-sama. Kalau anda tiada Employment Letter tu semua, memadai Termination Letter atau apa-apa bukti yg majikan melakukan kesalahan terhadap anda.
- Hantar aduan ini ke email Jabatan Tenaga Kerja atau terus ke pejabat buruh terdekat.
CONTOH DRAF SURAT ADUAN KE JTK
Nama Penuh Pengadu Cth Muhammad Bin Abdullah
Alamat Lengkap Pengadu
Cth. No 1, Jalan Presint 3,
Putrajaya, 01007
Utk Perhatian:
Pegawai Jabatan Tenaga Kerja
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia. Tarikh:
Tuan,
Aduan Terhadap Majikan – Pembehentian Pekerjaan/ Pemotongan Gaji Semasa Tempoh Cuti PKP/ Dipaksa Mengambil Unpaid Leave/ Dipaksa Bekerja Tanpa Kelulusan MITI dan Kerajaan Dlm Tempoh PKP(pilih yang berkenaan)
Sehubungan perkara diatas, Saya Muhammad Bin Abdullah, no K/P 810101-08-8888, bekerja sebagai pemandu peribadi di syarikat James Bond Sdn Bhd telah Ditamatkan (Perkhidmatan/ Diberhentikan Kerja/ Dipotong Gaji/ Dipaksa Mengambil Cuti Tanpa Gaji/Dipaksa Bekerja Dlm Tempoh PKP Tanpa Kelulusan MITI dan Pihak Kerajaan..Pilih mana berkaitan) dlm tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid 19 ini.
Di bawah ini saya nyatakan detail peribadi dan majikan saya.
Nama : Muhamamad Bin Abdullah
No K/P : 810101-08-8888
Alamat :
No Telefon dan Email : 010-11000011, muhammad@gmail.com
Jawatan dan Gaji Akhir : Pemandu Peribadi – RM3000
Nama Majikan : James Bond Sdn Bhd
Alamat Majikan :
No Telefon Dan Email Majikan :
(boleh juga tambah dibawah ni dan letakkan nama dan no telefon manager dan bos anda untuk pihak JTK hubungi)
Saya berharap pihak JTK dapat membantu saya dalam mendapatkan pembelaan dan hak saya sebagai seorang pekerja. Adalah tidak adil, dalam tempoh PKP Covid ini, pihak majikan mengambil peluang (membuang pekerja/memotong gaji pekerja/memaksa pekerja mengambil cuti tanpa gaji/dipaksa bekerja dlm tempoh PKP) tanpa persetujuan dari pekerja.
Ini adalah bercanggah dengan perintah dan saranan kerajaan kepada pihak majikan supaya mengekalkan pekerja-pekerja dalam tempoh PKP ini.
Pihak kerajaan juga telah mengumumkan perbagai insentif kepada majikan bagi meminimakan kerugian dan perbagai insentif membantu majikan membayar gaji-gaji kepada pekerja.
Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak tuan dapat membantu saya dalam perkara ini.
Kerjasama dari pihak tuan amat saya hargai.
Sekian Terima Kasih.
…………………………………………….
Nama:
No Telefon :
Email:
[adscontent2]
Download contoh surat cuti sakit ini untuk memohon cuti.
Alamat & No Tel Pejabat Buruh Negeri
Semak alamat dan no tel pejabat buruh ataupun Jabatan Tenaga Kerja (JTK) negeri berhampiran anda dibawah ini untuk memudahkan anda membuat report dan aduan:
pejabat buruh Putrajaya (Ibu Pejabat Malaysia)
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia Aras 5, Blok D3, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62530, Putrajaya, Malaysia Nombor telefon: 03-8000 8000 |
pejabat buruh Kuala Lumpur
Pejabat Tenaga Kerja Kuala Lumpur Tingkat 9, Menara PERKESO, 281 Jalan Ampang, 50532 WP Kuala Lumpur nombor telefon pejabat buruh: 03-41414600 |
pejabat buruh Selangor
Jabatan Tenaga Kerja Negeri Selangor Suite A405-7 Tingkat, 3A West Wing, Wisma Consplant 2, No 7 Jln SS 16/1, 47500 Subang Jaya, Selangor Telefon: 03-56328800 / 03-56361605 /03-56361625 / 03-56361573 | Pejabat Tenaga Kerja Subang Jaya Lot B210 & C208, Tingkat 2, Wisma Consplant 2, No. 7 Jln SS16/1, 47509 Subang Jaya, Selangor Telefon: 03-56384535 |
Pejabat Tenaga Kerja Pelabuhan Klang Persiaran Raja Muda Musa, 42000 Pelabuhan Kelang, Selangor Telefon: 03-31656555 / 31651541 | Pejabat Tenaga Kerja Pelabuhan Klang Persiaran Raja Muda Musa, 42000 Pelabuhan Kelang, Selangor Telefon: 03-31656555 / 31651541 |
Pejabat Tenaga Kerja Rawang Lot 3, Jln RP 4/1, Taman Rawang Perdana, 48000 Rawang, Selangor Telefon: 03-60916533 | Pejabat Tenaga Kerja Bangi No. 709, Tingkat Bawah 1&2, Blok C, Diamond Kompleks, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Telefon: 03-89251000 |
Pejabat Tenaga Kerja Kuala Selangor Tingkat 7, Kompleks PKNS, 45000 Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan. Telefon: 03-32896467 / 6471 |
alamat pejabat buruh Perlis
Jabatan Tenaga Kerja Negeri Perlis Tingkat 3, Bangunan Tun Abd Razak, 01000 Kangar, Perlis. Telefon: 04-9761415 | Pejabat Tenaga Kerja Kangar Tingkat 1, Bangunan Tun Abd Razak, 01000 Kangar, Perlis. Telefon: 04-9771928 |
pejabat buruh Kedah
Jabatan Tenaga Kerja Negeri Kedah Aras 5, Zon A, Wisma Persekutuan, Pusat Pent. Kerajaan Persekutuan, 06550 Bandar Muadzam Shah, Anak Bukit, Kedah. Telefon: 04-7322655 / 7314420 | Pejabat Tenaga Kerja Alor Setar Aras 5, Zon A, Wisma Persekutuan, Pusat Pent. Kerajaan Persekutuan, 06550 Bandar Muadzam Shah, Anak Bukit, Kedah Telefon: 04-7300700 / 7317239 |
Pejabat Tenaga Kerja Kulim ArLot 3, Seksyen 39, Jln Pondok Labu, 09000 Kulim, Kedah. Telefon: 04-4906566 / 4909093 | Pejabat Tenaga Kerja Sg Petani JKR 80, Jalan Petani, 08000 Sg Petani, Kedah. Telefon: 04-4212510 / 4212213 |
Pejabat Tenaga Kerja Langkawi 23-24, Aked Pokok Asam 2, Jalan Kelebang, 07000 Langkawi, Kedah. Telefon: 04-9667173 |
pejabat buruh Pulau Pinang
Jabatan Tenaga Kerja Negeri Pulau Pinang Tingkat 2, Bangunan Tuanku Syed Putra, 10300 Pulau Pinang Telefon: 04-2632087 | Pejabat Tenaga Kerja Georgetown Tingkat 2, Bangunan Tuanku Syed Putra, Lebuh Downing, 10300 Pulau Pinang Telefon: 04-2625536/04-2625537/04-2625538 |
Pejabat Tenaga Kerja Butterworth Aras 2, Anjung B, Wisma Persekutuan Seberang Perai Utama, Jln Bertam,13200 Kepala Batas Telefon: 04-5751957 |
pejabat buruh Perak
Jabatan Tenaga Kerja Negeri Perak No 2C1, 2C2, Tingkat 2 Blok C, Bangunan Persekutuan Greentown, 30450 Ipoh, Perak Darul ridzuan Telefon: 05-2545271 / 2439793 | Pejabat Tenaga Kerja Ipoh No. 2A3, 2A4, Tingkat 2 Blok A, Bangunan Persekutuan Greentown, 30430, Ipoh, Perak. Telefon: 05-2549404 / 05 |
Pejabat Tenaga Kerja Kuala Kangsar No.9 & 10, Persiaran Putra 1, Jalan Taiping, 33000 Kuala Kangsar, Perak. Telefon: 05-7763255 | Pejabat Tenaga Kerja Taiping Tingkat 3,Wisma Persekutuan Taiping, Jalan Istana Larut, 34009 Taiping, Perak. Telefon: 05-8072655 |
Pejabat Tenaga Kerja Tapah Jln Kelab, 35000 Tapah, Perak Telefon: 05-4011509 | Pejabat Tenaga Kerja Teluk Intan Tingkat 1, Blok B, Bangunan Persekutuan, Jln Changkat Jong, 36000 Teluk Intan, Perak. Telefon: 05-6221199 |
Pejabat Tenaga Kerja Sitiawan Tingkat 1, Bangunan Persekutuan Sri Manjung, Jalan Kayu Manis, 32040 Sitiawan, Perak. Telefon: 05-6888643 | Pejabat Tenaga Kerja Gerik Tingkat Bawah Bangunan Persekutuan, Jalan Intan, 33300 Grik, Perak. Telefon: 05-7912213 |
pejabat buruh Negeri Sembilan
Jabatan Tenaga Kerja Negeri Sembilan Tingkat 3, Wisma Persekutuan Jalan Dato’ Abdul Kadir 70000 Seremban, Negeri Sembilan Telefon: 06-76389977 | Pejabat Tenaga Kerja Seremban Tingkat 3, Wisma Persekutuan Jalan Dato’ Abdul Kadir 70000 Seremban, Negeri Sembilan Telefon: 06-7645019 / 7616517 / 7632459 |
Pejabat Tenaga Kerja Kuala Pilah 564, Tingkat 2, Wisma Kuala Pilah Jalan Pepatih, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan Telefon: 06-4811166 / 69 |
pejabat buruh Melaka
Jabatan Tenaga Kerja Negeri Melaka Aras 4, Menara Persekutuan, Jln Persekutuan, MITC Ayer Keroh, 75450 Melaka. Telefon: 06-2345172 / 5175 / 5176 |
pejabat buruh Johor
Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor Tingkat 3, Blok A, Wisma Persekutuan, Wisma Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor. Telefon: 07-2275080 / 81 / 82 | Pejabat Tenaga Kerja Johor Bahru Tingkat 9 & 10, Menara Ansar, 65, Jalan Trus, 80000 Johor Bahru, Johor Telefon: 07-2222400 / 2243188 |
Pejabat Tenaga Kerja Kluang Jalan Pejabat Kerajaan, 86000 Kluang, Johor Telefon: 07-7721646 / 7722646 | Pejabat Tenaga Kerja Segamat No 856, Jalan Gudang Ubat, 85000 Segamat, Johor Telefon: 07-9317237 / 1414 |
Pejabat Tenaga Kerja Muar Bangunan Kementerian Sumber Manusia, Jln Othman, 84000 Muar, Johor. Telefon: 06-9511672 / 9520625 | Pejabat Tenaga Kerja Batu Pahat Aras 1, Bangunan Gunasama Persekutuan, Jalan Bakau Condong, 83000 Batu Pahat, Johor. Telefon: 07-4342595 / 4332595 |
pejabat buruh Pahang
Jabatan Tenaga Kerja Negeri Pahang Tingkat 6, Bangunan Persekutuan, Jalan Gambut, 25532 Kuantan, Pahang. Telefon: 09-5162709 | Pejabat Tenaga Kerja Kuantan Tingkat 2, Bangunan Persekutuan, Jalan Gambut, 25532 Kuantan, Pahang. Telefon: 09-5163144 / 5146042 |
Pejabat Tenaga Kerja Bentong Jalan Tras, 28700 Bentong, Pahang Telefon: 09-2221402 | Pejabat Tenaga Kerja Raub Tingkat 2, Bangunan Gunasama Persekutuan, Jalan Tengku Abd Samad, Bukit Koman, 27600 Raub, Pahang. Telefon: 09-3551166 |
Pejabat Tenaga Kerja Temerloh Tingkat 4, Bangunan Persekutuan, Jalan Merdeka, 28000 Temerloh, Pahang Telefon: 09-2961207 | Pejabat Tenaga Kerja Pekan Tingkat 2B, Bangunan Tabung Haji, Jalan Tengku Ampuan, 26600 Pekan, Pahang Telefon: 09-4221319 / 4227573 |
pejabat buruh Terengganu
Jabatan Tenaga Kerja Negeri Terengganu Tingkat 6, Wisma Persekutuan, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu Telefon: 09-6203791 / 3793 | Pejabat Tenaga Kerja Kuala Terengganu Jalan Air Jernih, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu Telefon: 09-6221488 / 9781 |
Pejabat Tenaga Kerja Dungun JKR 488, Jalan Pejabat, 23000 Dungun, Terengganu Telefon: 09-8481844 / 8453037 | Pejabat Tenaga Kerja Kemaman Tingkat 2, Bangunan Persekutuan, Jalan Melur, 24000 Kemaman, Terengganu Telefon: 09-8591831 / 6343 |
Pejabat Tenaga Kerja Setiu Lot 100, Jln Besar, 2200 Jerteh, Terengganu Telefon: 09-6902175 |
pejabat buruh Kelantan
Jabatan Tenaga Kerja Negeri Kelantan Tingkat 11, Bangunan Persekutuan, Jalan Bayam, 15200 Kota Bharu, Kelantan Telefon: 09-7485078 / 2506 | Pejabat Tenaga Kerja Kota Bharu Tingkat bawah, Bangunan Persekutuan, Jalan Bayam, 15200 Kota Bharu, Kelantan Telefon: 09-7481870 / 7442413 |
Pejabat Tenaga Kerja Kuala Krai Tingkat 3, Bangunan Kerajaan Persekutuan, 18000 Kuala Krai, Kelantan. Telefon: 09-9666381 |
Anda ada soalan mengenai masalah yang berkaitan kerja/majikan anda? Kongsikan soalan anda di ruangan komen dibawah ini.