7 Homestay Kota Bharu Murah & Menarik Untuk Anda Sewa!

Adakah anda ingin datang ke Kelantan dan sedang mencari Homestay Kota Bharu murah tapi selesa?

Mungkin ada yang datang Kota Bharu untuk urusan kerja atau mungkin untuk urusan perkahwinan tapi pening nak cari homestay yang sesuai untuk keluarga ramai.

Jangan risau.  Kami senaraikan beberapa homestay Kota Bharu yang patut anda masukkan dalam list anda sekiranya datang ke Kota Bharu!

7 Homestay Kota Bharu Murah Pilihan Pengguna

Pemilihan home-stay murah dan menarik di Kota Bharu ini dipilih berdasarkan ciri-ciri berikut:

  • lokasi yang strategik
  • harga yang murah dan berpatutan
  • mendapat rating yang tinggi oleh pengguna yang lain.

Berikut adalah senarai homestay yang patut anda cuba sekiranya anda datang ke Kota Bharu, Kelantan!

Studio Exclusive (Kota Bharu City Point)

Homestay murah Kota Bharu ini menjadi pilihan kami yang pertama kerana terletak betul-betul di pusat bandar KB dan hanya berharga RM100 – RM132 untuk satu malam.

Walaupun harganya murah, ianya dilengkapi dengan pelbagai keperluan asas untuk pengunjung dan rata-rata pengunjung Studio Exclusive KBCP ini meninggalkan komen yang positif dan tanda berpuas hati mengenai keselesaan yang diberikan homestay ini.

Very clean, neat, tidy, just like home. Spacious for family of 4 or 5. Nicely arrange, only one km away from good lunch at Pasar Siti Khadijah, walking distance. Will definitely come again.

Review Zurainee Annuar di Google

Berikut adalah beberapa rumusan mengenai homestay Studio Exclusive Kota Bharu ini;

  • Homestay jenis Studio
  • Harga bilik yang ditawarkan adalah RM100 sehingga RM132 semalam
  • Terletak di pusat bandar Kota Bharu
  • Rating google.com adalah 4.4/5 bintang dan agoda.com 9.1/10 diberikan daripada pengunjung dan rata rata berpuas hati dengan bilik dan kelengkapan yang disediakan di homestay.
  • Kelengkapan yang disediakan adalah seperti tempat letak kereta, penghawa dingin, minibar, sterika, dan pengering rambut.
  • Tempat menarik di sekitar homestay untuk di kunjungi adalah seperti Pasar Siti Khadijah dan Pantai Cahaya bulan dan Muzium Negeri Kelantan.
  • Terdapat banyak gerai makan yang terletak disekitar homestay ini memudahkan para pengunjung untuk menjamu selera.
  • Berdekatan dengan tempat kemudahan asas seperti bank, stesen bas, dan lain lain

Jalan Hilir Pasar, Bandar Kota Bharu, 15300 Kota Bharu, Kelantan
014-807 1697
facebook.com/thestudioexclusive

Jalan Hilir Pasar, Bandar Kota Bharu, 15300 Kota Bharu, Kelantan
014-807 1697
facebook.com/thestudioexclusive

Leave a Comment