Bagi sesiapa yang berminat untuk mencari sedikit sebanyak pendapatan sempena Hari Raya yang bakal tiba kelak, mungkin anda tercari-cari perniagaan apa yang sesuai dilakukan dalam masa yang singkat tapi mendatangkan untung yang agak lumayan. Mungkin keuntungan itu nanti anda dapat gunakan untuk menampung perbelanjaan anda pula untuk berhari raya.
Oleh itu saya menyenaraikan 6 idea perniagaan yang sesuai untuk dilakukan sepanjang bulan puasa nanti sebelum menjelangnya Hari Raya. Kesemua idea perniagaan ini tidak memerlukan modal yang begitu besar. Boleh dilakukan secara kecil-kecilan serta mendapat permintaan yang tinggi di kalangan pengguna.
#1 Baju Raya
Baju raya sudah menjadi sinonim setiap kali menjelang Hari Raya. Sehingga ada yang sanggup berbelanja sakan demi memenuhi kehendak untuk berbaju raya. Kalau boleh 30 hari raya tu 30 pasang baju raya. Katanya raya (aidilfitri) setahun sekali. Bagi teruna dan dara masa inilah untuk mereka melaram menunjukkan kehenseman dan kecantikan masing-masing.
#2 Kuih Raya
Bagi mereka yang tidak pandai atau berkesempatan untuk membuat kuih raya, mereka lebih selesa membeli di kedai. Dan ia membuka peluang yang amat besar kepada pasaran kuih raya. Antara kuih yang selalu mendapat permintaan tinggi adalah Almond London– biskut + kekacang rangup yang diselaputi coklat sedap dan ianya digemari oleh semua peringkat umur. Anda boleh belajar membuat coklat sendiri yang sedap dan menambah keunikan kuih Almond London anda itu disini.
#3 Sampul Duit Raya
Kalau raya-raya sebelum ini, design sampul duit raya yang bergambar not duit RM1, RM5, RM10 dan RM50 menjadi rebutan ramai orang. Tapi saya rasa untuk raya kali ini, design itu sudah lapuk. Ada design yang terbaru dan pasti membuatkan penggunanya nampak seorang yang kaya di hari raya nanti. Anda boleh jual sampul duit raya design iphone, HTC, gameboy dan banyak lagi yang lebih elegan dan ekslusif. Kanak-kanak pasti teruja apabila mendapat sampul duit itu. Dan sampul ini amatlah sukar untuk didapati kerana hanya boleh diorder secara online. Jadi, anda boleh memborong dan menjualnya kembali di pasar ramadhan nanti. Harga sepaket sampul duit raya ini boleh mencecah sehingga RM2.
#4 Makanan Berbuka/Sahur
Kebanyakan orang akan mengunjungi bazar ramadan sambil bawa anak-anak (untuk yang berkahwin) dan kawan-kawan (bagi yang bujang) untuk mencari juadah berbuka puasa. Taktik untuk menjual makanan masa bulan ramadan ni pastikan anda hiasnya nampak cantik-cantik dan menyelerakan. Jika makanan itu berkuah pastikan ianya nampak pekat.
Contoh ayam percik, ratakan kuah yang pekat di atas percik. Gerenti meleleh tengok. Tapi jual la makanan apapun di bulan ni, mesti ramai orang beli. Jadi rebutlah peluang untuk berniaga makanan walaupun hanya berniaga kuih onde-onde dengan harga RM1.
#5 Mercun/Bunga Api
Satu lagi perniagaan yang mendapat permintaan yang tinggi terutamanya kanak-kanak. Namun ianya mendatangkan risiko terhadap penjual dan juga pembelinya. Mercun dan bunga api ini amatlah seronok dan meriah dimainkan sepanjang bulan ramadan dan juga malam hari raya dan menyebabkan ianya menjadi kegilaan ramai orang yang sanggup menghabiskan berpuluh malahan ratusan ringgit untuk kepuasan diri mereka. Ini hanyalah idea dari saya dan saya tidak bertanggungjawab segala risiko atas diri anda.
#6 Kad Raya
Anda mungkin tertanya-tanya masih relevankah kad raya pada hari ini dimana zaman internet dihujung jari. Ucapan raya boleh dihantar dalam masa beberapa saat sahaja dengan sms, mms dan juga emel. Namun, kad raya yang berbentul fizikal lebih bermakna jika dihantar kerana penerima boleh menyimpannya atau menggantungnya sebagai hiasan di hari raya.
Bagi grafik designer, masa inilah untuk anda mencari pendapatan sampingan dengan mengambil tempahan daripada syarikat yang ingin membuat custom-design kad raya untuk dihantar kepada pelanggan-pelanggan mereka. Dan anda boleh deal dengan syarikat percetakan untuk mendapatkan harga murah bagi mencetak kad raya tersebut. Bayangkan jika syarikat tersebut menempah 500 keping kad raya dan anda mark-up keuntungan RM0.20 untuk setiap kad ditambah RM100 bagi custom-made design berapakah jumlah keuntungan anda? Kira sendiri
____________________________________________________________________
Namun, banyak lagi perniagaan yang boleh dilakukan sepanjang bulan ramadan ini namun ini hanyalah 6 yang termantop dan hanya memerlukan modal rendah untuk memulakannya. Anda rasa perniagaan apa lagi yang termantop untuk dilakukan sepanjang bulan ini?