45 Skim Bantuan Kerajaan 2023 Yang Boleh Dimohon Untuk Individu & Keluarga

Dalam belanjawan 2023 sebelum ini, kerajaan di bawah pimpinan PMX Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim telah mengumumkan banyak bantuan kerajaan untuk individu dan keluarga bagi meringankan beban.

Senarai Bantuan Kerajaan 2023

[adscontent]

Bantuan Kerajaan 2023Status Permohonan
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)Rayuan dibuka
Kredit EBeliaRahmah RM200Permohonan dibuka
Bantuan Kanak-Kanak (BKK) RM200 sebulanPermohonan dibuka
Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) RM300 sebulanPermohonan dibuka
Bantuan Warga Emas (BWE) RM500 sebulanPermohonan dibuka
Subsidi Yuran Pengasuhan Taska RM150 sebulanPermohonan dibuka
LPPSA – Pelan Penyelesaian Hutang (DSP)Permohonan dibuka
Pas Bulanan My50Permohonan dibuka
Pas Transit myBAS50Permohonan dibuka
Program Rumah Mesra RakyatPermohonan dibuka
Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)Permohonan dibuka
Pemberian Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR)Permohonan dibuka
RISDA – Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023Permohonan dibuka
Bantuan Am PersekutuanPermohonan dibuka
LIGS – Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023Permohonan dibuka
Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar (BPT)Permohonan dibuka
Pelepasan KebankrapanPermohonan dibuka
Bantuan Anak Pelihara (BAP)Permohonan dibuka
Bantuan Latihan Perantis (BLP)Permohonan dibuka
Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHN)Permohonan dibuka
Elaun Sara Hidup Nelayan Laut (ESHN)Permohonan dibuka
Program Insentif Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak (MyCRS) 2023Permohonan dibuka
Program MyPSVPermohonan dibuka
Program Pengedaran Barang PerluAkan datang
Geran Penjagaan Kanak-kanak Kepada Wanita Kembali BekerjaAkan datang
Program Makanan PrasekolahAkan datang
Pelepasan Cukai Rawatan PerubatanAkan datang
Kempen Menu RahmahTiada permohonan diperlukan
Bantuan Tunai PesawahTiada permohonan diperlukan
Diskaun Bayaran Balik Pinjaman PTPTNPermohonan ditutup
Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTNPermohonan ditutup
Penjawat Awam – Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA)Tiada permohonan diperlukan
Bantuan Awal PersekolahanTiada permohonan diperlukan
Program MyLesen B2Tiada permohonan diperlukan

[adscontent3]

Skim Bantuan Kerajaan Yang Boleh Dimohon

Senarai skim bantuan kerajaan yang boleh dimohon oleh individu dan keluarga untuk tahun 2023:

1. Kredit eBeliaRahmah RM200

[adscontent2]

Bantuan berupa kredit e-dompet sebanyak RM200 bagi belia warganegara Malaysia berumur 18-20 tahun atau penuntut IPT sepenuh masa.

Tempoh permohonan dan tuntutan eBeliaRahmah RM200 ini adalah bermulai 26 Jun 2023 sehingga 22 Ogos 2023.

2. Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) – RISDA

Bantuan dalam tunai RM800 untuk tempoh 4 bulan bagi pekebun kecil getah bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan semasa musim tengkujuh.

Sebelum ini, bantuan ini RM600 sahaja tetapi telah dinaikkan untuk tahun ini menjadi RM800.

3. Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) – LIGS

Bantuan dalam tunai RM800 untuk tempoh 4 bulan bagi pekebun kecil getah bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan semasa musim tengkujuh khas untuk di Sabah.

4.  Pelepasan Kebankrapan

Pelepasan kebankrapan serta merta bermula 1 Mac 2023 bagi kes-kes kecil di bawah RM50 ribu.

Inisiatif ini untuk membantu rakyat yang bankrap daripada kebankrapan dan diberikan peluang kedua.

5. Subsidi Yuran Pengasuhan Taska

Subsidi Yuran Pengasuhan Taska adalah bantuan dari segi subsidi kerajaan Malaysia sebanyak RM180 sebulan untuk penjawat awam yang berpendapatan RM7000 sebulan kebawah.

Boleh dapatkan borang Permohonan Subsidi Yuran Taska RM180 sebulan ini.

6. LPPSA – Pelan Penyelesaian Hutang (DSP)

Pembayaran balik baki pinjaman seperti biasa bagi anggota meninggalkan perkhidmatan/bersara tidak berpencen bertujuan untuk menjaga kebajikan angkatan bersenjata negara

7. Pas Bulanan My50

Pas perjalanan bulanan bagi Rakyat Malaysia bertujuan untuk memberi akses kepada perkhidmatan pengangkutan Prasarana tanpa had.

Pas ini boleh digunakan untuk Rapid KL LRT, MRT, Monorail, BRT, bas Rapid KL dan bas perantara MRT di Lembah Klang dam servis bas Rapid Penang sahaja.

8. Pas Transit myBAS50

Pas perjalanan bulanan bagi Rakyat Johor Bahru bertujuan untuk memberi akses kepada perkhidmatan bas henti-henti di bawah Program SBST

Satu pas ini berharga RM50 Warganegara Malaysia boleh menikmati perjalanan tanpa had untuk semua perkhidmatan myBAS di Johor Bahru selama 30 hari.

9. SPNB – Program Rumah Mesra Rakyat

Pembinaan 4,250 unit rumah untuk rakyat Malaysia yang berpendapatan bawah RM5000 sebulan tetapi mempunyai tanah sendiri bertujuan untuk menyediakan rumah yang sempurna & selesa.

Pihak SPNB akan menyediakan sebuah rumah satu tingkat dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air.

10. Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)

Skim jaminan Kerajaan atas pinjaman perumahan bagi peminjam berpendapatan tetap & tidak tetap bertujuan untuk membantu mereka membeli rumah pertama.

Target utama adalah pekerja ekonomi gig dan bebas, pemilik perniagaan, peniaga atau usahawan kecil yang berkelayakan  untuk memiliki rumah pertama mereka yang bernilai sehingga RM500,000.00.

11. Pemberian Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR)

Menaikkan kebenaran penebusan awal GCR sehingga 50% atau maksimum 90 hari bertujuan untuk membantu penjawat awam yang memerlukan.

12. Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

Bantuan kerajaan dengan pemberian wang tunai bagi keluarga dan penjaga kanak-kanak bertujuan untuk dapat meneruskan kelangsungan hidup seperti orang lain.

Jumlah bantuan adalah RM200 untuk anak 6 tahun dan kebawah. Manakala untuk 7 tahun – 18 tahun akan menerima bantuan kerajaan sebanyak RM150 seorang.

13. Bantuan Am Persekutuan

Bantuan tunai bagi individu/keluarga kurang berkemampuan untuk membantu menampung perbelanjaan harian dan meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.

Bantuan adalah sebanyak RM100 sebulan untuk seorang dan maksmum RM350 untuk 1 keluarga.

Permohonan bantuan kerajaan ini boleh dilakukan di Jabatan Kebajikan Masyarakat terdekat.

14. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)

Bantuan tunai RM300 sebulan untuk OKU tidak berupaya bekerja yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Untuk memohon Bantuan OKU ini, anda boleh terus ke Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat.

15. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar (BPT)

Bantuan tunai RM500 sebulan bagi penjaga OKU terlantar/sakit terlantar/sakit kronik & berkelayakan bertujuan untuk menggalakkan penjagaan rapi kepada pesakit.

16. Bantuan Warga Emas (BWE)

Bantuan tunai bagi warga emas miskin tegar yang berkelayakan bertujuan untuk memastikan kelangsungan & kesejahteraan hidup mereka.

Kerajaan memberikan bantuan ini sebanyak RM500 sebulan kepada orang tua yang layak.

17. Bantuan Anak Pelihara (BAP)

Bantuan tunai bagi kanak-kanak yang kurang bernasib baik / yatim/ yatim piatu / tiada saudara mara, untuk membantu mereka terus tinggal bersama keluarga pelihara.

Bantuan kerajaan ini adalah untuk meringankan beban oleh keluarga pelihara yang sanggup menjaga seperti anak sendiri.

Kadar bantuan adalah RM250 sebulan untuk seorang dan maksimum RM500 sebulan untuk keluarga yang memelihara dua orang kanak-kanak atau lebih.

18. Bantuan Latihan Perantis (BLP)

Bantuan Latihan Perantis (BLP) sebanyak RM200 sebulan tunai bagi penerima bantuan JKM atau anak-anak penerima bantuan JKM yang tercicir daripada persekolahan dan menganggur serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja.

19. Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHN)

Bantuan EHSN ini diberikan secara tunai sebanyak RM300 sebulan bagi nelayan bertujuan untuk meringankan kos & beban sara hidup.

20. Program Insentif Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak (MyCRS) 2023

Program insentif pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak (MyCRS) bagi kumpulan B40 & M40 bertujuan untuk meningkatkan kesedaran berhubung keselamatan kanak-kanak.

Tempoh penebusan insentif MyCRS 2023 adalah sehingga 30 September 2023 atau sehingga peruntukan habis diguna pakai.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi MyCRS 2023.

21. Program MyPSV

Subsidi bayaran bagi golongan B40 untuk mendapatkan lesen teksi, bas & e-hailing bertujuan untuk membantu mereka menjana pendapatan melalui perkhidmatan ehailing.

Program ini ditanggung sepenuhnya oleh pihak Kerajaan termasuklah kos ujian dan latihan untuk mendapatkan Lesen Vokasional Kelas.

Kuota permohonan bagi program ini adalah seramai 4,000 orang peserta.

22. Program Pengedaran Barang Perlu

Perluasan program pengedaran barang perlu ke 25 kawasan baharu bertujuan untuk menyeragamkan harga barang perlu di kawasan luar bandar.

23. PERKESO – Geran Penjagaan Kanak-kanak Kepada Wanita Kembali Bekerja

Pindaan kepada Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 bertujuan untuk membolehkan pemberian geran bersamaan 80% daripada gaji bulanan yang diinsuranskan pekerja.

24. Program Makanan Prasekolah

Penyediaan makanan berkhasiat di bawah RMP bagi murid prasekolah yang layak bertujuan untuk memastikan mereka mendapat nutrisi makan yang berkhasiat.

25. Pelepasan Cukai Rawatan Perubatan

Had pelepasan cukai perbelanjaan rawatan perubatan akan dinaikkan daripada RM8 ribu kepada RM10 ribu meliputi kos rawatan pemulihan bagi anak kurang upaya pembelajaran.

26. Perluasan Skop Pelepasan Cukai Premium Insurans Nyawa & Takaful Hayat

Perluasan skop pelepasan cukai bagi premium insurans nyawa atau caruman takaful hayat meliputi caruman sukarela KWSP sehingga RM3 ribu.

27. Pengurangan Kadar Cukai Pendapatan Individu

Pengurangan kadar cukai sehingga 2 mata peratusan melibatkan setiap banjaran pendapatan melebihi RM35 ribu – RM100 ribu bertujuan untuk menambah pendapatan boleh guna.

28. PERKESO – Elaun Mobiliti

Bantuan one-off RM500-RM1 ribu bagi penerima faedah yang mendapat pekerjaan baharu bertujuan meringankan beban memulakan pekerjaan yang melibatkan penghijrahan jarak jauh.

29. Kempen Menu Rahmah

Penjualan set hidangan pada harga RM5 bagi rakyat bertujuan untuk membantu golongan susah.

30. Program Jualan Rahmah (PJR)

Jualan barangan keperluan asas dengan tawaran harga 30% lebih murah berbanding harga pasaran bagi meringankan kos sara hidup di 222 kawasan Parlimen.

31. Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bantuan tunai bagi golongan sasar bertujuan untuk meringankan kos sara hidup & beban mereka.

Kerajaan juga akan memberi bantuan STR tambahan RM600 dalam bentuk bakul makanan/baucar untuk barang makanan asas kepada isi rumah termiskin mengikut data eKasih.

32. Bantuan Tunai Pesawah

Bantuan tunai RM200 sebulan untuk tempoh tiga bulan atau semusim bagi pesawah padi bertujuan untuk meringankan kos & beban sara hidup.

33. Insentif Pengeluaran Getah (IPG)

Kenaikan paras harga pengaktifan insentif daripada RM2.50 kepada RM2.70 sekilogram bagi pekebun kecil getah bertujuan untuk meningkatkan produktiviti pekebun.

34. Pindaan Akta Insolvensi 1967

Pindaan Akta Insolvensi 1967 bagi kes bankrap bertujuan untuk pelepasan automatik.

35. Dividen Tambahan ASB

Dividen tambahan bagi pencarum ASB dengan simpanan kurang RM30 ribu bertujuan untuk meningkatkan jumlah caruman semula dalam akaun.

36. Jumlah Had Pelaburan ASB & ASB2 Ditingkatkan

Jumlah had pelaburan individu ASB dan ASB2 ditingkatkan kepada RM300 ribu berbanding RM200 ribu sebelum ini.

37. Pengekalan Tarif Elektrik Pengguna Domestik

Pengekalan tarif elektrik seperti Tenaga Nasional Berhad bagi pengguna domestik bertujuan untuk mengurangkan beban rakyat.

38. Diskaun Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Diskaun bayaran balik pinjaman sehingga 20% selama 3 bulan bermula 1 Mac 2023 bagi peminjam PTPTN bertujuan untuk menggalakkan penyelesaian baki hutang pinjaman.

39. Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Penangguhan bayaran balik pinjaman selama 6 bulan bermula 1 Mac 2023 bagi peminjam PTPTN dengan pendapatan kurang dari RM1.8k bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan.

40. Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA)

Bantuan Tunai Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 kebawah termasuk lantikan kontrak.

41. Pesara – Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA)

Bantuan Tunai Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM350 kepada semua pesara kerajaan.

42. Insentif Pengeluaran Lateks (IPL)

Insentif Pengeluaran Lateks bagi pekebun kecil getah bertujuan untuk menggalakkan peralihan kepada penghasilan lateks berbanding getah sekerap.

43. Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Bantuan kerajaan kepada bagi ibu bapa/penjaga sebanyak RM150 secara one-off bertujuan untuk meringankan beban kewangan ibu bapa/penjaga pada awal tahun sekolah.

Pihak sekolah akan mengagihkan bantuan tunai kepada murid atau dikreditkan ke dalam akaun ibubapa.

44.  Sukarelawan Beruniform – Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA)

Bantuan tunai khas RM300 bagi anggota RELA, Sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam, Polis & Bomba bertujuan untuk meringankan kos & beban sara hidup.

45. Program MyLesen B2

Subsidi bayaran bagi golongan B40 untuk mendapatkan lesen memandu motosikal B2 bertujuan untuk mempertingkatkan taraf sosioekonomi & pendapatan isi rumah.

Rujukan: Belanjawan 2023

Leave a Comment